Herbert Backe
Herbert Backe

Herbert Backe

Herbert Friedrich Wilhelm Backe (1 Mei 1896 – 6 April 1947) adalah seorang ahli politik Jerman dan pegawai SS semasa era Nazi. Beliau membangun dan melaksanakan Pelan Kebuluran yang mencadangkan kematian dengan cara mengkebulurkan berjuta "orang tak berguna" Slavik dan Yahudi berikutan Operasi Barbarossa, iaitu pencerobohan 1941 ke atas Soviet Union.Pelan ini telah dibuat semasa fasa perancangan untuk pencerobohan Wehrmacht dan persediaan untuk mengalihkan bahan-bahan makanan Ukraine jauh daripada tengah dan utara Rusia serta mengalihkannya untuk kepentingan tentera penceroboh dan penduduk di Jerman. Akibatnya, berjuta orang awam maut di wilayah-wilayah taklukan Jerman. Ditangkap pada tahun 1945 dan telah dibicarakan untuk jenayah perang di Nuremberg dalam Perbicaraan Kementerian, beliau membunuh diri di penjara pada 1947.